Shurah Pencerah | Tahukah anda semua bahawa Shurah kini telah mengeluarkan produk baharu mengenai skincare dan bodycare? Haa, bagi yang tidak tahu lagi, anda bolehlah baca artikel ini sampai habis tau. Rugi kalau terlepas maklumat.
Kali ini anda pasti teruja kerana pek baharu dari rangkaian Shurah Pencerah kini lebih nampak vibrant, menarik dan lebih feminin dengan tona warna pink dan putih. Mesti ramai wanita diluar sana geram je tengok packaging baharu ini. Samalah kita geram je sampai kita nak grab rangkaian Shurah Pencerah. Hehehe... Cakap panjang lebar tak guna, jom Wawa perkenalkan rangkaian Shurah Pencerah ini kepada anda dengan lebih dekat lagi.
RANGKAIAN SHURAH PENCERAH
Shurah Pencerah yang baharu ini kini mempunyai bahan aktif Clear White dan Shiny Glow untuk memutihkan kulit serta menghidratkan kulit agar sentiasa lembap dan berseri. Buat pengetahuan anda, set lengkap ini mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus denagn pelindung UV untuk melembap dan melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan krim malam untuk membuat kulit wajah lebih cerah dan berseri.
Apa itu Clear White dan Shiny Glow? Mesti anda semua tertanya-tanya apa fungsinya kan?
- Clear White - Mampu mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa 7 hari sahaja.
- Shiny Glow - Diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan kesan cerah pada kulit bagi menyerlahkan keserian wajah dan menyamakan tona kulit wajah.
JENIS - JENIS PRODUK SHURAH PENCERAH
1. Shurah Pencerah Pembersih Muka (50ml,100ml)
Membersihkan kotoran dan minyak muka yang berlebihan tanpa mengurangkan lembapan semulajadi kulit agar kulit akan menjadi lebih bersih, lembut dan cerah berseri.
Harga 50ml RM7.31, manakala 100ml RM12.61.
2. Shurah Pencerah Penyegar (120ml)
Dirumus khas tanpa alkohol untuk membersihkan kulit secara mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. Gunakan penyegar ini selepas membersihkan muka untuk merasakan kesegarannya.
Harga untuk penyegar ini hanya RM10.49.
3. Shurah Pencerah Pelembap (120ml)
Dengan tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit anda. Ia juga mengandungi pelindung UV untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Dengan penggunaan pelembap ini, kulit akan jadi lebih lembut, gebu dan cerah berseri.
Harga untuk pelembap ini berharga RM11.55.
4. Shurah Pencerah Krim Siang (40g)
Krim muka yang tidak melekit ini dapat mencerah dan melembapkan kulit anda supaya lebih cerah sekata dan berseri. Dengan rumusan SPF 30, ia dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan.
Harga krim siang ini hanya RM16.85 sahaja.
5. Shurah Pencerah Krim Malam (40g)
Krim muka ini dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa anda tidur dengan lebih berkesan. Pada waktu malam, kulit kita lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Penyerapan yang lebih cepat ke dalam kulit dapat memelihara kulit anda agar lebih lembut, lembap dan cerah berseri.
Harga krim siang ini berharga RM16.85.
6. Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan (140ml & 400ml)
Losyen ini tidak berminyak dan berfungsi untuk melembap dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Ia dapat diserap dengan pantas ke dalam kulit anda untuk mencerahkan kulit dengan cepat dan berkesan. Gunakan selalu untuk mendapatkan kulit yang lembut dan cerah sekata.
Harga untuk losyen ini hanya RM6.04 untuk 140ml, manakala RM11.98 untuk 400ml.
===================================================================
Yang paling penting adalah, rangkaian Shurah Pencerah ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan ianya merupakan produk buatan Malaysia dan diyakini HALAL.
Ingin dapatkan rangkain Shurah Pencerah? Anda boleh layari :
Facebook : www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Instagram : www.instagram.com/shurahmalaysia/
Atau anda boleh membuat pembelian di dalam talian : www.jetaine.com/shop/
3 Comments
wahh, 1 set ada ehh..
ReplyDeleteaah sis dah ada... senang sikit..hehe
DeleteSy dh pakai..xelok krim malam tu.. Bhan dia ade bhan terlarang, propylene glycol.. Hbes muka sy merah2, gatal dan bengkak..🙁
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)