Permbersih Wajah Eversoft Baharu | Samada anda seorang suri rumah, pelajar mahupun wanita bekerjaya, adakalanya anda akan tergesa-gesa meninggalkan rumah atau kembali ke tempat tidur setelah seharian di luar. Membersihkan wajah merupakan perkara paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat samada anda makeup ataupun tidak. Sekadar membilas air ianya tidak mencukupi, kini Eversoft muncul dengan lebih banyak kebaikan.


Produk 'jimat masa' ini menggabungkan langkah pembersihan yang pelbagai dalam satu produk iaitu Eversoft 100% Organic Tomato Micellar Cleasing Water yang bertindak menanggalkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit. Manakala Eversoft 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner sangat sesuai bagi individu yang tidak bermakeup. Dengan menggunakan formulasi berasaskan bahan dan teknologi dari Jepun, pembersih baharu ini bebas daripada paraben, SLS, alkohol serta minyak mineral.

Dua pembersih wajah ini lebih memberi dari sekadar pembersih asas. Pengguna kini boleh membersihkan wajah sambil menyegarkan kulit dan menanggalkan kesan makeup. Pengguna juga boleh menikmati manfaat ekstrak organik Yuzu dan Tomato yang memberi khasiat serta melindungi wajah dengan cara yang selamat pada kulit.

EVERSOFT 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Water


Ia terhasil daripada formula gabungan 2 langkah pembersih kepada satu. Manik-maik merah jambu yang terdapat di dalamnya diperkaya dengan Tea Tree Oil dan Vitamin E bagi membersih jauh ke dalam kulit untuk menarik kotoran. Manakala ekstrak organik buah Yuzu membantu meredakan keredakan kulit, mengurangkan pembentukan jerawat, dan membuang cela pada wajah. Pembersih ini boleh membersih dan mencerah dalam satu langkah tanpa meninggalkan sebarang kotoran. Langkah ini boleh diteruskan dengan penggunaan serum serta pelembab sebagai pelengkap kepada penjagaan kulit wajah.

Sepanjang Wawa menggunakan cleanser & toner ini, ianya sangat menyegarkan kerana terasa sejuk semasa mencuci muka dan kulit terasa tegang seketika. Dan semestinya jerawat cepat kecut.

EVERSOFT 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water


Merupakan pembersih wajah yang lembut dan berkesan untuk menanggalkan makeup dan membuang kotoran. Diperkaya dengan ekstrak organik Tomato yang terkenal dengan ciri-ciri antioksida bagi melawan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran, pada masa yang sama menyegarkan kulit serta mengecilkan pori terbuka. Produk ini mengandungi Bio-Hyaluronic Acid bagi mengekalkan lembapan dan mencegah nyahidrat. Ia akan menjadikan kulit wajah berasa bersih dan lembab sentiasa. Dengan tanpa membilas menggunakan air, ianya boleh skip penggunaan pencuci muka serta toner. Hanya perlu guna pelembab setelah makeup ditanggalkan dan siap.


Hari itu Wawa telah mencuba cleansing water ini. Ternyata ianya sangat pantas meninggalkan kotoran tanpa perlu tonyoh kulit dengan kuat. Ia membersihkan kulit tanpa meninggalkan kesan kemerahan akibat dari hasil tonyohkan. Boleh tengok video di instagram Wawa - KLIK SINI.



Pembersih wajah Eversoft ini sangat sempurna untuk membersih dengan cepat pada harga yang berpatutan dan mempunyai hasil yang menakjubkan. Eversoft 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner hadir dalam botol pam bersaiz 150ml pada harga RM17.80 sm / RM18.70 ss. Manakala Eversoft 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water juga hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 300ml pada harga RM22.90 sm / RM24.00 ss dan boleh dapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar dan farmasi seluruh negara.

Maklumat lebih lanjut layari Facebook : Eversoft Skinz