Korang nak tak Wawa share sikit tips bagi yang nak blog nampak lebih menarik? Senang kata, simple tapi menarik la. No no no ! Wawa tak cakap blog Wawa cantik tau, tapi Wawa just nak share dengan korang.
 

1. Background/template blog
Kenapa perlu ditekankan benda alah ini? Iya, memang perlu sebab background blog memainkan peranan penting juga dalam menghasilkan sesuatu blog. Jangan korang pilih background yang crowded dan bling-bling contohnya ambil yang animated dengan warna yang terang. Elakkanlah kalau boleh ya, tapi kalau boleh memang nak suruh elakkan. Hewhewhew.. Pilihlah warna-warna soft atau sedap mata dipandang.

2. Pemilihan Header Blog yang sesuai
Letaklah header yang simple + cantik sebab ia boleh menarikkan wajah blog anda. Letak gambar anda sebagai header tapi jangan tepek sebesar blog korang tepek kang paparazi kecam korang. Ada orang suka letak header blog dengan hanya letak tulisan contoh sebagai nama sendiri diikuti dengan link blog, itu pon boleh kalau anda nak nampak lagi simple but nice! :)

3. Pemilihan layout blog
Kebanyakkan layout blog ramai yang buat hanya 2 column sahaja, sebab ianya nampak mudah untuk view dan tidaklah terlalu menyemakkan. Jangan pulak korang letak layout dengan berapa banyak column sebab ia agak serabut. Nak guna 1 column pun boleh ikut kreativiti korang :)

4. Tulisan yang senang dibaca
Minta tolong sangat-sangat bagi blogger lama ke blogger newbie ke, jangan buat tulisan macam budak-budak sekarang. Sekejap besar sekejap kecik. Korang tak penat ke nak tukar-tukar setiap words korang taip? Hihi.. Lepas tu tak payahlah pelbagaikan warna dalam tulisan sekejap hijau, merah, kuning, biru, purple. Untuk font tu korang pilih font yang senang dibaca dan difahami bukan yang berangkai-rangkai :)

5. Gaya penulisan yang menarik
Last sekali nak tekankan pada penulisan. Sangat penting tau! Sebab apa? Sebab penulisan itu dari gaya diri seorang blogger itu sendiri. Tak kisahlah time itu korang tengah nak cerita kisah sedih pakwe/makwe kena rampas ke apa, tapi tolong jangan karang ayat yang buat pembaca tak nak baca atau tak menarik perhatian. Cuba nak karang ayat dalam entry itu bagi ayat yang menarik dan menepati citarasa pembaca.


Jadi, mari kita perbetulkan apa yang kurang. Wawa pun boleh ikut tips-tips camni juga. Korang buntu nak edit blog sebab tak reti design blog? Jangan risau ramai yang mengambil tempahan edit blog korang boleh search mana-mana blogger yang ambil tempahan.